#Hiburan: “Ya Itu Lagu Baharu” – Nabila Razali

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Nabila Razali dilihat telah dilamar oleh teman lelakinya iaitu Nik Iruwan Nik Izani di Instagram.

Nabila sebelum ini tidak pernah membuka cerita mengenai hubungan cintanya bersama lelaki itu berkata dia akan berkongsikan mengenai perkara berkenaan dalam masa terdekat.

Advertisement

Ya itu lagu baharu, nanti saya akan kongsi kan ya.

Terdahulu, Nabila ada memuat naik foto dirinya dilamar Nik Iruwan bersama satu lagu latar yang mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi berjudul New Chapter.

Difahamkan, Nabila bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki itu pada 13 November ini sempena hari lahirnya kelak.

25 Oktober lalu, Nabila dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan bersama Iruwan namun penyanyi itu enggan mendedahkan lanjut mengenai perkara itu kerana ingin menghormati keluarga kedua-dua belah pihak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nabilarazali
20 hours ago

"Belum Kahwin Pun Dah Pegang Pegang, Awak Ni Mat Saleh Ke?" - Kongsi Foto Terima Lamaran, Nabila Razali Dikritik

The post “Ya Itu Lagu Baharu” – Nabila Razali first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments