Sedia maklum, bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad dilaporkan kini ditidurkan di unit rawatan rapi ICU di sebuah hospital yang terletak di Johor Bahru, Johor susulan keadaan kesihatan yang kritikal.
Difahamkan dari laporan Harian Metro, Suhaimi terpaksa bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan, selain semua organ dalam badannya gagal berfungsi.
Dia alami batuk kronik sejak empat bulan lalu, cirit-birit selama tiga bulan dan berat badan turun mendadak.
Dalam pada masa yang sama, Suhaimi dikatakan sudah berada di hospital sejak Jumaat lalu untuk dirawat.
Sebelum ini, berita ini disahkan sendiri oleh salah seorang ahli kumpulan In-Team iaitu Mohd Syahril Abdul Khalid yang melawatnya di hospital Sabtu lalu.
Tambah Syahril, bapa mentua penyanyi tersebut juga membawa Suhaimi ke Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.
The post “Organ Dalaman Gagal Berfungsi” – Keadaan Kritikal, Suhaimi Saad Bergantung Sepenuhnya Pada Alat Bantuan Pernafasan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments