#Hiburan: “Sebagai Manusia Kita Hanya Pasrah..” – Raf Yaakob Minta Jangan Keruhkan Keadaan Dan Henti Sebar Info Salah

Baru-baru ini, Malaysia telah digemparkan dengan berita bahawa pasangan suami isteri sensasi, Mawar Rashid dan Raf Yaaokob telah pun mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan suami isteri mereka.

Ekoran penyataan yang dimuat naik oleh kedua-dua belah pihak terdahulu, Raf tampil semula dengan harapan pihak-pihak tertentu berhenti membuat spekulasi lanjut tentang hal penceraian rumah tangga mereka hingga menyebarkan fitnah.

Advertisement

Selamat pagi semua. Saya berpendapat lebih baik berhenti menyebarkan sebarang spekulasi, kebencian dan perkara negatif dalam apa jua aspek.

Sebagai manusia kita hanya pasrah dan reda kerana Allah SWT.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raf Yaakob (@rafyaakob)

Berdasarkan apa yang dikatakan oleh bekas suami pelakon terkenal itu, dia meminta agar orang ramai tidak lagi mengeruhkan keadaan. Dia juga telah redha dengan jalan yang dipilih itu. Katanya, dia memegang kepada rukun iman yang percaya dengan qada dan qadar dan tidak mahu menolak ketentuan Tuhan.
Bukan itu sahaja, bapa kepada tiga cahaya mata ini juga tidak menepis mana-mana spekulasi yang dibuat oleh netizen dan tidak juga mengiyakan kenyataan yang ditulis oleh segelintir pihak tentang punca sebenar perpisahan mereka berdua.
Pada masa yang sama, Raf juga dikatakan telah membuat sebuah group di Telegram sebagai tempat dirinya memuat naik sebarang update dan juga berkongsi cerita berkenaan dirinya dan hidup di masa akan datang.
Sebelum ini tular Mawar Dan Raf yang dah bersetuju untuk menamatkan hubungan mereka atas dasar tidak lagi persefahaman. Berita tersebut telah dimuat naik di Instagram story masing-masing beberapa hari yang lepas.
Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

The post “Sebagai Manusia Kita Hanya Pasrah..” – Raf Yaakob Minta Jangan Keruhkan Keadaan Dan Henti Sebar Info Salah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments