Usahawan dan personaliti media sosial, Madammu baru-baru ini mencuri tumpuan warga maya gara-gara amukannya mengenai wanita yang mengenakan perhiasan mutiara dengan seluar jeans.
Madammu menerusi satu hantaran TikTok berkata perhiasan mutiara tidak boleh digayakan bersama dengan pakaian moden dan hanya sesuai dengan fesyen klasik seperti baju kurung misalnya.
Pearl tak pernah boleh masuk dengan moden. Pearl tak boleh masuk dengan seluar ranggi melainkan palazo. Kalau saya nampak pakai pearl dengan jeans (menjerit), tolong la jangan pakai macam tu.
Pearl always go dengan klasik dan lembut. Jangan sesekali pakai pearl dengan seluar jeans! Salah! Jangan jadi mangsa fesyen. Geram saya tengok.
Perkongsian Madammu itu menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen dan rata-ratanya berpendapat bahawa ia adalah hak masing-masing untuk bergaya dengan perhiasan yang dimiliki oleh mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Sakit Mata Tengok” – Madammu Geram Orang Pakai Mutiara Dengan Jeans, Marah Sampai Menggelupur Di TikTok first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments