Tular sejak semalam di aplikasi X apabila sebuah video memaparkan pemandu bas wanita didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan kelindan bas ketika memandu ke sebuah destinasi menghantar penumpang.
Dalam video tersebut, kelindan bas itu dilihat berada di belakang pemandu bas wanita itu dan sedang melakukan sesuatu.
Larkin – TBS, bas 3 pm. Dahla bas delayed! pukul 6 pm baru bas sampai, tak ada inform apa-apa, alih alih driver macam ni. Sertvis teruk, yang bawak tu perempuan! Yang sorang bawak bas sorang tolak gear. Siapa bawak bas macam ni hawau.
Malah, individu yang merakam video tersebut turut mendedahkan no plat bas berkenaan.
Namun, seorang penumpang bas berkenaan tampil mendedahkan perkara sebenar yang berlaku ketika kejadian.
Menurut wanita itu, kelindan bas itu sedang memperbetulkan sesuatu di belakang pemandu lori dipercayai kotak radio.
FITNAH !
Menjawab la korang nanti dekat akhirat. https://t.co/elWn1gkOIw pic.twitter.com/j3WBA6790R
— J E Y (@anisjey) November 14, 2023
Lelaki itu sedang betulkan sesuatu dekat radio box belakanga seat driver itu. Aku dan suami tengok dengan mata sendiri. Jarak kitaorang lagi dekat berbanding dengan perempuan kepam menggerutu yang record ni.
Driver dah inform ya masa pickup tu yang jammed teruk dari ayer keroh sampai Larkin. Dan kitaorang pun percaya sebab masa otw ke TBS, memang jammed tak putus-putus seberang jalan. Video ni tak sampai 30 minit lagi gerak dari Larkin.
Malah, individu yang memuat naik video tersebut telah pun ‘hilang’ dan memadam rakaman fitnah berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersyukur kerana wanita itu tampil menceritakan hal sebenar kerana sudah ramai yang tampil memfitnah pemandu dan kelindan berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Menjawab La Kat Akhirat Nanti” – Wanita Dedah Perkara Sebenar Kes Pemandu Bas S*ngap Dengan Kelindan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments