#Hiburan: Tular ‘Seller’ Lelaki Pakai Tudung Untuk ‘Promote’ Bisnes, Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan – “Haram! Allah Laknat Mereka”

Sebelum ini, tular tentang seorang lelaki yang menjadi seller di TikTok shop dan dia sendiri dilihat menjadi model menggayakan tudung dijualnya.

Tindakan lelaki ituPerka mengundang kritikan dan persoalan di media sosial apabila warganet menegur ramai orang yang terhibur atau suka melihatnya.

Advertisement

tudung

Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang tampil menjelaskan tentang hukum agama berkaitan tindakan lelaki berkenaan.

Menerusi sebuah video di TikTok, dia berkata haram hukumnya bagi lelaki memakai tudung meskipun ia untuk tujuan berniaga.

Allah laknat lelaki pakai pakaian perempuan, tak boleh. Pakaikan pada patung. Tak usah pakai pada lelaki, awak lelaki buat apa pakai tudung.

UAI turut menambah bahawa lelaki hanya dibolehkan memakai tudung ketika darurat seperti jika dirompak atau disamun dan pakaian sudah diambil sehingga telanjang.

Dengar penjelasan lanjut UAI:

@benny_x Replying to @misssya_nss akhir zaman perkara dosa dianggap biasa. Ustaz Azhar Idrus menjawab hukum lelaki pakai tudung walaupun untuk berniaga. Tujuan tudung untuk menutup dada/aurat. Ada akta syariah lelaki menyerupai perempuan, perempuan menyerupai lelaki. #uai #ustazazharidrus #ceramahislam #lelakipakaitudungviral #tudungmagneticlelaki #nisaai #kedaidady #ariffimran #sillahijab #yusfariq #hijabmagnet #thejasmine #manjahhh #tudungtutorial #hijabtutorial ♬ original sound – Alissa PMW

Ustaz azhar idrus rempit
5 months ago

Ibarat B*nuh Diri, Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Meninggal Dunia Ketika Rempit Adalah Haram

The post Tular ‘Seller’ Lelaki Pakai Tudung Untuk ‘Promote’ Bisnes, Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan – “Haram! Allah Laknat Mereka” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments