#Hiburan: Aliff Syukri Tak Melatah Diva AA Ingin Saman RM 100 Juta, Katanya Tak Usah Percaya – “Mudahnya Kau Nak Mintak RM100 Juta, Mahkamah Tak Bongok Lah..”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik sebuah video responnya terhadap kenyataan pengacara kontroversi Azwan Ali yang katanya ingin menyaman Aliff dengan RM100 juta berkenaan perbalahan mereka baru-baru ini.

Katanya, tidak guna Azwan meminta jumlah duit sebanyak itu memandangkan hal itu bukan mudah untuk mahkahmah izinkan begitu saja. Tambahnya, dia juga penat dilaga-lagakan dengan sesiapa pun kerana mengira ramai hanya ingin mengguna namanya untuk populariti sahaja.

Advertisement

RM 100 juta? Mudahhnya kau nak minta RM100. Mahkamah tak bongok lah nak bagi kau seratus juta.

Saya ni malas nak bergaduh dengan orang, orang hanya ambil kesempatan atas nama saya.

@abangterlajaklarisbiar allah balas.. sy x nak maki hamun org.. biar lowyer buat kerja♬ original sound – Papa Laris

Pada masa yang sama, usahawan yang berumur 36 tahun ini juga menyatakan di kapsyen video tersebut bahawa dirinya juga sedia untuk mengambil tindakan undang-undang dengan memberi kepercayaan kepada peguamnya untuk menyelesaikan masalah ini.

Terdahulu, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA dikatakan telah dimalukan di hadapan orang ramai apabila Aliff Syukri menarik rambutnya di atas pentas semasa acara tersebut dijalankan.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Azwan Aliff Syukri
3 hours ago

(VIDEO) "Gimik Murahan Ke Ni?" - Tular Rakaman Saat Aliff Syukri Tarik Rambut Diva AA, Netizen Saran Saman?

The post Aliff Syukri Tak Melatah Diva AA Ingin Saman RM 100 Juta, Katanya Tak Usah Percaya – “Mudahnya Kau Nak Mintak RM100 Juta, Mahkamah Tak Bongok Lah..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments