Usahawan dan ‘influencer’ Fara Saleh yang sebelum ini dikaitkan dengan konflik rumah tangga pelawak Shuk Sahar memaklumkan bahawa dia menerima ugutan dan dipersoal gara-gara komen netizen lelaki yang ditinggalkan di media sosialnya.
Kongsi Fara, Shuk telah menyoal tentang siapakah lelaki yang meninggalkan komen di Instagram wanita itu.
Malah, Fara juga diberi amaran untuk memadam semua komen setiap kali dia memuat naik foto di Instagram.
Hanya kerana followers saya menulis komen ‘welcome back’, saya terima ugutan di Whatsapp. 122K followers dan saya tak tahu siapa kamu, tetapi saya menerima amaran untuk memadam semua komen setiap kali saya memuat naik foto.
Fara juga ada mendedahkan kiriman suara Shuk di Whatsapp yang menyuruhnya untuk berbuat demikian.
Aku tanya kau ni. Siapa jantan ni sebenarnya? Kau siap ber ‘I You’ pulak dengan dia. Kau padam kau komen ‘I You’ dengan dia tu.
Sebelum ini, Shuk didakwa telah menjalinkan hubungan sulit dengan wanita bernama Fara di saat dia masih bernikah dengan bekas isterinya kini iaitu Rossa Sera.
Berikutan itu, rumah tangga Shuk dan Rossa runtuh setelah kehadiran Fara dan mereka berdua telah pun bercerai sekitar Mac lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Part Kau Emoji Dengan B*tina Lain Boleh??” – Fara Saleh Terima Ugutan Daripada Shuk Sahar Gara-Gara Lelaki Komen Di Foto Instagram first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments