Seorang lelaki telah ditangkap dan dibawa ke Mahkahmah Majistret apabila diketahui menconteng tembok bangunan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dengan perkataan ‘terrorist’. Dia juga dikenakan saman sebanyak RM1K pada hari Rabu.
Ekoran berita tersebut, seorang penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice telah memuat naik hantaran di Instagram yang menyatakan dirinya sedang mencari pemuda tersebut kerana ingin membantu membayar saman yang dikenakan itu.
Settle. Hang memang berani dik.
Kita sentiasa di belakang sahabat-sahabat kita yang berjuang demi Al-Aqsa.
View this post on Instagram
Tidak lama selepas itu, sebuah pos turut dimuat naik oleh penyanyi rap ini yang menunjukkan bukti transaksi yang dibuatnya untuk membayar RM 1K tersebut. Bukan itu sahaja, Caprice turut memuji pemuda itu yang berani bertindak sedemikian di ruangan kapsyen hantaran yang sama.
Pada masa yang sama, rata-rata netizen menyokong tindakan lelaki itu kerana tidak takut untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap isu peperangan yang sedang berlaku sekarang ini dengan segelintir negara yang menyokong kezaliman tersebut.
Untuk info, mahkamah juga turut memerintahkan tertuduh dipenjarakan sekiranya dirinya gagal untuk membayar saman berkenaan. Individu yang bernama Ahmad Ridzwan dan berumur 23 tahun ini telah didakwa melakukan khianat kerana merosakkan harta benda Kedutaan Besar Amerika Syarikat dengan vandalisme tersebut.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Hang Memang Berani Dik..” – ‘Settle’ Caprice Payung Saman Pemuda Conteng Tembok Kedutaan Amerika Syarikat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments