#Hiburan: “Sesuai Sangat” – Netizen ‘Approve’ Nas-T Pegang Watak Keluang Man, Remy Ishak Sebagai Shamsir

Pelakon Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zan akhirnya menamatkan teka teki tentang siapakah yang memegang watak utama sebagai Keluang Man dalam filem animasi itu yang bakal menemui penonton tidak lama sahaja lagi.

Menerusi satu sidang media rasmi yang diadakan semalam, Nas-T berkata dia terasa kerdil meskipun terpilih seabgai watak utama kerana ramai nama-nama besar yang lain turut melalui proses uji bakat.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Memang ramai pelakon hebat turut mencuba nasib. Saya sama sekali tidak menyangka dipilih sebagai pelakon utama siri animasi yang ikonik ini. Saya rasa sangat kerdil.

Selain Nas-T, antara pelakon lain yang turut membintangi filem tersebut adalah Remy Ishak sebagai Shamsir, Datuk Rosham Nor sebagai Ahmad dan Anwar Beg Mughal sebagai Inspektor Sahab.

Filem Keluang Man kini masih dalam fasa pra-produksi dan sesi penggambaran akan bermula pada April tahun hadapan.

Keluang Man yang popular pada akhir era 1990-an pernah menjadi fenomena dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Filem ini dijangka ditayangkan pada tahun 2025.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

20 hours ago

"Umur 30 Tahun Bawa Watak Sekolah, Budak Sekolah.." - Netizen Tak Setuju Watak 'Dewasa' Qistina Raisah, Ujar Masih Bawah Umur

The post “Sesuai Sangat” – Netizen ‘Approve’ Nas-T Pegang Watak Keluang Man, Remy Ishak Sebagai Shamsir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments