Baru-baru ini difahamkan seorang pelakon terkenal, Siti Elizad bersama suaminya dimaklumkan telah gagal dalam rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF) buat kali kedua untuk mendapatkan anak.
Katanya doktor masih menyarankan mereka untuk mencuba untuk kali ketiga namun Elizad menolak kerana ingin mengalihkan kembali fokusnya pada bidang lakonan. Tambah aktres ini, dia sudah redha dengan ketentuan jika benar mereka tidak dapat dikurniakan anak memandangkan dirinya juga sudah mencecah umur 40 tahun.
Saya tak mahu terlalu fikir untuk dapatkan anak, sebab saya tak mahu dapat anxiety pula.
Saya dah suami dah serahkan soal anak kepada aturan Allah SWT. Kalau ada rezeki adalah.
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, ketika disoal berkenaan rencana untuk mengambil anak angkat bagi menggantikan kesunyian tersebut, Elizad akui masih tiada perancangan tersebut buat masa sekarang. Hal ini dikeranakan, suaminya mempunyai anak dari perkhawinan sebelum ini dan dirinya juga ada keluarga yang besar dan anak-anak buah yang ramai ujarnya.
Sebelum ini, Elizad dan suami telah menjalankan rawatan IVF pertama mereka pada Februari pada tahun 2020 yang lepas dan pada Mac tahun lalu buat kali kedua namun masih belum berjaya dikurniakan zuriat. Mereka juga telah mendirikan rumah tangga sudah hampir 10 tahun.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Saya Tak Mahu Dapat ‘Anxiety’ Pula..” – Pelakon Elizad Sudah Berdamai Dengan Takdir, Gagal IVF Buat Kali Kedua first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments