#Hiburan: “Loan Kereta, Rumah Siapa Nak Bayar?” – PLKN Dilaksana Bagi Umur 16 Hingga 35 Tahun Undang Pelbagai Respon

Memetik The Star, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan hanya belia yang telah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dipilih untuk menjalani latihan asas ketenteraan di bawah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah dimansuhkan sejak tahun 2018 yang lalu.

Meskipun program itu disasarkan kepada golongan belia yang berumur antara 16 hingga 35 tahun, Hassan memberi jaminan ia tidak akan diaplikasikan kepada para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM.

Advertisement

Lanjut daripada pengumuman itu, netizen di media sosial memberikan respon yang pelbagai terhadap pengumuman tersebut.

Pertanyaan mengenai cara aplikasi dan penyertaan daripada golongan belia yang berumur 20 an ke atas memandangkan ramai yang sudah bekerjaya dan berkeluarga turut menjadi topik hangat perbualan warga maya.

PLKNSumber : Twitter  

Kerajaan terdahulu pada tahun 2021 ada menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji kemungkinan menghidupkan semula program itu dengan templat baharu.

Pada 9 Oktober lalu, Menteri Pertahanan kini bersetuju dengan cadangan ahli Parlimen supaya perkara itu diteliti oleh Jawatankuasa Pilihan Khas untuk input lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

megah
4 days ago

"Tiga Orang Tercedera.." Siling Megah Rise Mall Runtuh Mendadak Akibat Hujan Dan Angin Kencang

The post “Loan Kereta, Rumah Siapa Nak Bayar?” – PLKN Dilaksana Bagi Umur 16 Hingga 35 Tahun Undang Pelbagai Respon first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments