Yuseri Yusoff sememangnya dikenali sebagai individu yang lantang bersuara dalam mencari keadilan di atas kematian anaknya, Baby Syifa yang didakwa meninggal dunia akibat penganiayaan ketika berada di sebuah pusat asuhan sehingga mendapat perhatian kerabat diraja Johor.
Dia juga dilaporkan telah menubuhkan sebuah persatuan yang diberi nama YY Community Centre yang membantu kes penganiayaan dan membantu mengutip dana bagi mereka yang memerlukan.
Baru-baru ini, tular pula mengenai salah seorang aktivis skuad pengurusan jenazah terkenal iaitu Mr Wan Cai yang mendakwa Yuseri telah menyeleweng sumbangan awam yang diberikan kepada pihak keluarga adik Dea Maisarah yang hanya menerima RM5,000 daripada RM53,065 yang diterima mereka.
Malah, Yuseri juga didakwa masih bersembunyi di pejabat dan terus membisu tanpa memberikan sebarang penjelasan.
Seorang peguam dikenali sebagai Fira Fahmi kemudian tampil mendedahkan isu yang sama sekaligus menguatkan dakwaan Yuseri ada menyeleweng dana awam.
Kata peguam itu lagi, ada individu telah menghantar mesej kepadanya dan mendakwa Yuseri hanya memberikan bantuan awam kepada mereka sebanyak RM6,700 sedangkan duit sumbangan yang dikumpul hampir RM18,000.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kalau Tak Salah Kenapa Lari Bro” – Peguam Dan Aktivis Dakwa Bapa Baby Syifa ‘Songlap’ Duit Bantuan Rakyat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments