Pelakon Zara Zya difahamkan sedang mencari lokasi bersesuaian untuk restorannya setelah hampir sebulan perniagaan kedai makan miliknya yang terletak di Setia Alam ditutup buat sementara waktu.
Menurut pelakon drama Seadanya Aku ini, restoran yang dikenali sebagai Zara Zya Cooks kini sedang mencari tapak yang sesuai di mana lebih selesa dan selamat untuk pengunjung.
Tambahnya lagi, dia ada juga mendengar rungutan yang menyatakan kedai makannya itu sering dilihat tidak beroperasi dan tidak tahu lokasi yang sebenar.
View this post on Instagram
“Tak dinafikan, ada juga mendengar luahan pelanggan terutamanya peminat yang datang dari jauh tanya kenapa kedai asyik tutup dan mereka tidak nampak lokasinya di mana. Suatu ketika, pekerja saya sendiri yang berada di hadapan kedai ditanya oleh seorang penghantar makanan di mana Zara Zya Cooks, padahal dia dah ada di dekat depan kedai saya.”
Enggan mengulas lanjut mengenai keberangkalian dirinya disihir, Zara Zya menjelaskan dia tidak berapa pasti mengenai hal tersebut.
Zara turut menjelaskan bahawa dia sentiasa mempercayai konsep qada dan qadar Allah dan segala rezeki itu datang daripadaNya.
View this post on Instagram
“Apapun, saya sentiasa percaya pada qada dan qadar Allah. Insha Allah nanti ada rezeki saya akan buka di tempat baru pula.” ujar Zara ringkas.
Perkembangan terkini, pelakon wanita itu kini difahamkan semakin sibuk di set penggambaran serta aktif membuat kek di samping mengambil tempahan daripada pelanggan setia.
The post “Kedai Asyik Tutup, Pelanggan Tak Nampak..” Zara Zya Cari Lokasi Terbaru Untuk Restorannya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments