#Hiburan: (VIDEO) Fakta Ke Laut, Doktor Reaksi Babak Mengarut Drama Dan Filem Melayu

Sudah beberapa kali kesalahan fakta di dalam drama dan filem Melayu ditegur oleh netizen sehingga viral di media sosial. Antara kesilapan yang paling kerap dilakukan adalah adegan di hospital apabila pelakon perlu memakai peralatan hospital ketika membawa sesuatu watak.

Bukan sahaja peralatan yang dipakai salah tetapi lebih lucu lagi apabila saat karakter sedang sakit teruk, boleh lagi berkata-kata dan ada kalanya sempat meluahkan perasaan cinta. Macam cerita Tamil pun ada kan?

 

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan reaksi beberapa orang doktor iaitu Dr Liyana Dhamirah (PrimaNora Medical Center, My Doctors), Dr Abd Shukor Mohd Hashim (KPJ Seremban Orthopaedic, Trauma & Spine Surgeon) dan Dr Amirul Amzar (Medical Mythbusters Malaysia) terhadap babak tidak logik dan mengarut di dalam drama dan filem Melayu menjadi bualan di media sosial.

Jom kita tonton video penuh reaksi doktor

Komen netizen

Apa-apapun, tujuan utama doktor -doktor terbabit menegur bukanlah untuk menjatuhkan martabat industri perfileman negara. Mungkin boleh mengambil teguran mereka sebagai pengajaran agar memperbaiki lagi mutu drama dan filem tanah air. Usaha untuk industri kita tidak dijadikan sebagai bahan jenaka. Ambil yang positif sahaja.

Sumber Berita : Twitter

Kredit Video : YouTube Southern Crescent Malaysia


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments