Ramai juga yang terkejut dengan perceraian pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim apatah lagi mereka mengatakan, perpisahan itu berlaku bukan disebabkan orang ketiga atau tiada keserasian.
Timbul pelbagai spekulasi sehingga ada yang menuduh ibu Fizo sebagai punca pelakon itu bercerai.
Kesal dengan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya, ibu Fizo, Hasnah Jidin menafikan dakwaan segelintir pihak dia dan keluarga menjadi punca perceraian anaknya. Malah dia sentiasa menasihati Fizo dan Mawar untuk tidak bercerai.
Ibu mana yang nak anak bercerai. Saya selalu menasihati Fizo dan Mawar supaya selesaikan masalah dengan baik.
Tak nak sampai perlu bercerai-berai. Saya sendiri tak setuju dan menentang keputusan mereka bercerai. Saya dan Mawar pun tak ada masalah semuanya okey.
Menurut Hasnah, dia tinggal bersama Fizo sejak anaknya itu belum mendirikan rumah tagga dan sepanjang tinggal bersama anak dan menantunya itu, dia tidak pernah menyusahkan kehidupan mereka. Kerap berulang alik ke rumah anak-anak lain juga.
Saya tak pernah menyusahkan sesiapa dalam rumah itu. Saya ada ramai anak tapi saya lebih selesa tinggal bersama Fizo. Dia yang menjaga saya sejak arwah suami meninggal dan kami sudah berbelas tahun tinggal bersama.
Tapi sepanjang enam tahun itu, saya bukan duduk di situ sahaja tapi selalu berulang-alik tinggal di rumah anak-anak yang lain juga.
Fizo pula berkata, perceraian yang berlaku adalah di atas persetujuan bersama dan tiada campur tangan keluarganya mahupun Mawar. Fizo berharap dengan kenyataan ini netizen akan berhenti mengaitkan keluarganya dan tidak lagi mencetuskan spekulasi melampau.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments