Soal perkahwinan dengan pelakon Remy Ishak ini memang tidak boleh lekang, pastinya ada sahaja yang bertanya kepadanya bila agaknya ingin mendirikan rumah tangga memandangkan umur Remy sudah mencecah usia 37 tahun.
Bagaimanapun, Remy berkata dia belum lagi memikirkan soal itu. Sebagai seorang lelaki sejati dan bertanggungjawab, Remy berkata dia mahu berusaha keras mengumpul harta terlebih dahulu sebelum berkahwin. Biarlah ada segala-galanya agar tidak timbul sebarang isu kelak.
Susah sebenarnya kalau hendak bercakap mengenai jodoh ini. Pada saya biarlah ia datang dengan sendiri. Kalau ada, adalah. Sekarang ini saya sedang berdepan dengan ‘krisis pertengahan umur’. Banyak perkara perlu saya lakukan. Susun perjalanan hidup terutama membabitkan soal kewangan.
Perkara ini pada saya agak penting kerana apabila sudah berkeluarga nanti, mereka akan berasa selamat dan terjamin hidup bersama. Apabila sudah berumah tangga nanti tidaklah isteri bising minta susu anak tidak ada. Perkara seperti ini seharusnya tidak berlaku dalam hidup berumah tangga.
Kahwin memang mudah, tapi hendak melaksanakan tanggungjawab itu paling penting. Apabila sudah berkahwin kita harus jaga manusia. Kita harus memikirkan masa depan, terutama keluarga yang dibina.
Tanggungjawab seorang lelaki bila berkahwin memang berat. Bukan mudah untuk melaksanakan amanah sebagai seorang suami, alam rumah tangga ini ada dugaan dan cabaran tersendiri.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments