#Hiburan: Terlalu Mesra Dengan Kekasih, Netizen Minta Ruhainies Cepat Kahwin

Sedang berbahagia menjalin hubungan cinta bersama kekasih yang dikenali sebagai Mr E, pelakon Ruhainies bersikap terbuka mempamerkan kemesraan mereka di media sosial, walaupun masih belum mendedahkan wajah cinta hatinya itu kerana takut dirampas.

Melihat betapa romantiknya mereka berdua dan terlalu mesra bersama ketika sambutan hari jadi Ruhainies baru-baru ini, rata-rata netizen meminta agar pasangan ini lekas menghalalkan hubungan mereka agar tidak menimbulkan sebarang fitnah.

Instagram Photo

Ada juga yang menyindir meminta Ruhainies cepat berkahwin, agar tiada lagi timbul cerita ada wanita lain yang ingin merampas kekasihnya itu.

Memang bertuah sungguh dapat seorang teman lelaki yang romantik dan selalu memanjakannya dengan pelbagai barangan mewah. Semoga kekal bahagia dan berjodoh sehingga ke jenjang pelamin.

Sumber Berita : Media Hiburan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments