#Hiburan: (TAHNIAH) Juliana Evans Selamat Bersalin Cahaya Mata Pertama

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Che Puan Juliana Evans yang telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya semalam.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi Insta Stories di Instagram dengan memuat naik foto dirinya yang tersenyum memandang anaknya yang sedang nyenyak tidur.

Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah menjadi nama pilihan pasangan Juliana  dan suamiya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, buat puteri sulung mereka itu.

Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffudin Shah Tengku Sulaiman Shah pada April 2017.

 Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada kepada Juliana dan suami. Semoga akan bertambah lagi kebahagiaan dengan kehadiran cahaya mata ini.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments