#Hiburan: Jangan Desak Saya Kongsi Kisah Cinta – Syafiq Kyle

Baru-baru ini pelakon Syafiq Kyle mengakui dia sedang hangat bercinta dengan aktres Mimi Lana dan hubungan mereka sudah terjalin sejak empat tahun lalu. Biasalah, bila seseorang artis itu mengakui mereka sudah berpunya, pastinya peminat ingin tahu lagi mengenai kisah cinta mereka dengan lebih lanjut.

Bagaimanapun, Syafiq agak rimas apabila didesak untuk berkongsi kisah cintanya itu. Dia meminta semua pihak menghormati kehidupan peribadinya.

Apabila saya membuat keputusan membuka satu lapisan kisah peribadi kepada umum dan membuat keputusan gerangan kekasih hati, saya berharap tidak berterusan diajukan pertanyaan sama.

Saya hormati pihak yang ingin mengetahui kehidupan peribadi saya. Disebabkan itu, saya berkongsi kisah hubungan saya bersama Mimi sebelum ini.

Namun saya berharap diberikan sedikit ruang kerana seboleh mungkin, tidak mahu hal peribadi dicampuradukkan dengan kerjaya. Saya berharap, permintaan saya ini dihormati semua pihak.

Bukan mudah untuk menjadi seorang artis popular, setiap apa yang mereka lakukan termasuk kisah peribadi akan menjadi perhatian ramai. Perkara itu agar sukar untuk dielakkan. Apa-apa pun, kita doakan kebahagiaan Syafiq dan Mimi. Semoga ada jodoh sehingga ke jenjang pelamin. Sama cantik, sama padan.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments