Nama Neelofa memang tidak perlu diperkenalkan lagi, bukan sahaja meraih kejayaan dalam bidang hiburan, dia juga seorang yang berjaya dalam bidang perniagaan. Pendek kata, sudah memiliki segalanya kecuali teman istimewa.
Neelofa dalam satu perkongsian baru-baru ini mengakui wujudnya perasaan sedih dalam hati setiap kali berdoa mengenai jodoh dalam hidupnya.
Menurut Neelofa, doa itu mempunyai makna tersendiri buatnya. Katanya, Neelofa bakal suaminya itu turut akan menjadi perhatian ramai, terkena tempias popularitinya.
Memang saya akan sedih dan menangis setiap kali berdoa mengenai jodoh. Tidak kira masa dan di mana saja.
Saya banyak berdoa mengenai jodoh. Ada satu hari, saya duduk berdoa dan tulis doa. Saya suka tulis doa. Saya cakap, nak bersama seseorang yang bukan saja boleh gembira dan bahagiakan saya, tapi juga orang sekeliling. Ia termasuk yang mengenali, menyokong, media, peminat, pasukan dan semua. Jadi, ini yang akan membuatkan saya gembira dan bahagia.
Kenapa doa ini, sebab saya banyak mata memandang. Contohnya, orang meletakkan saya sebagai orang dicontohi dan ikon. Sehinggakan siapa pasangan hidup saya pun akan memberi impak sangat besar pada orang ramai.
Bersabarlah Neelofa, pastinya percaturan Allah SWT adalah yang terbaik. Satu hari nanti pasti anda akan bertemu jodoh yang sesuai. Jangan pernah berhenti berdoa untuk yang terbaik.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments