Bukan kali pertama dikecam kerana lawak terlampau ketika mengacara, Nabil Ahmad sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mencampak tanjak yang dipakai ke lantai ketika siaran langsung program Muzikal Lawak Superstar, Jumaat lalu.
Rata-rata menyifatkan tindakan Nabil itu biadab kerana tidak menghormati dan memperlekehkan adat tradisional bangsa Melayu yang tinggi nilainya.
Susulan itu, Nabil menerusi akaun Instagramnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di atas ketelanjurannya ketika mengacara.
Malu dan menyesal
Terkesan dengan teguran
Terdahulu, perbuatan Nabil telah mendapat teguran Dari Balai Adat Tok Cindai yang mewakili seluruh pengamal dan pendiri budaya bangsa.
Perlakuan Nabil yang dengan sengaja mencampak tanjak ke lantai membawa erti menjatuhkan maruah keseluruhan bangsa Melayu kerana tanjak adalah pemakaian yang paling teratas dalam adat Melayu.
Kredit Video : YouTube Otak Bergetar
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments