#Hiburan: Dugaan Bertunang Terlalu Berat – Syafie Naswip Putus Tunang

Baru sahaja bertunang pada April lalu, perancangan pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian selepas Syafie mengakui mereka sudah putus tunang.

Bukan disebabkan orang ketiga atau masalah keluarga, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama. Dugaan bertunang terlalu berat untuk mereka berdua.

Ya, kami sudah putus tunang. Itu sahaja kenyataan yang dapat saya berikan. Malah jika ada yang bertanya, saya tidak akan menjawab lagi tentang perkara ini. Tidak ada orang ketiga, mahupun masalah keluarga, tetapi saya rasa dugaan bertunang ini terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskan.

Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin? Buat masa sekarang, mungkin ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami berdua. Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya.

Mereka dipercayai sudah tidak mengikuti Instagram masing-masing selain memadam foto bersama. Walaubagaimanapun, Aishah buat masa ini tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai berita putus tunang itu.

Syafie dan Aishah sebelum ini merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun ini.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments