#Hiburan: Panat Cari Duit Sara Anak, Rita Rudaini Menangis Dalam Bilik Air Luah Kesedihan

Lapan tahun bergelar ibu tunggal, tentunya ia bukan tugas mudah buat pelakon Rita Rudaini. Dia bekerja keras dalam bidang seni untuk memberikan yang terbaik buat dua orang anaknya iaitu, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna.

Sudah lapan tahun saya membesarkan dua anak sebagai ibu tunggal. Saya bekerja keras siang dan malam demi memastikan dua anak dapat pendidikan yang terbaik dan hidup dengan lebih selesa.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana segala urusan membesarkan anak dan karier seni dipermudahkan Allah SWT.

Kata Rita, dia tidak suka menunjukkan kesedihannya di hadapan dua orang anaknya itu kerana mahu mereka menganggap dirinya sebagai ‘hero’. Rita sanggup masuk ke bilik air dan menangis meluahkan segala rasa sedih yang terpendam.

Terus terang, saya tidak suka menangis depan anak kerana mahu mereka anggap ‘mummy’ adalah hero mereka.

Saya menangis bukan kerana diri ini lemah sebaliknya perlu meluahkan kesedihan itu untuk meneruskan kehidupan. Selalunya, saya akan masuk bilik air pada waktu malam untuk menangis dan meluahkan kesedihan yang dipendam.

Menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa pada masa yang sama memang sukar dan dipenuhi dengan cabaran. Semoga Rita terus tabah.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : NST & Rita Rudaini Fan Club


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments