Selepas hubungannya dengan penyanyi Sufian Suhaimi terlerai, pelakon Elfira Loy mengambil keputusan untuk tidak terlalu terbuka lagi berbicara mengenai kisah peribadinya.
Malah, Elfira sebelum ini merahsiakan berita dia mengambil keputusan untuk melalui alam pertunangan lagi bersama Faris K Anuar pada 2 September 2018. Majlis diladakan secara terutup dan Elfira tidak pernah berkongsi foto pertunangannya.
Bagaimanapun, Elfira baru-baru ini mengenang kembali detik majlis pertunangan dengan suami. Menerusi luahan hatinya yang dimuat naik di Instagram, Elfira akui ketika itu dia berasa terlalu sebak, sukar diungkapkan sehingga tidak mampu untuk berkongsi banyak gambar sekitar majlis tersebut.
Pada masa yang sama, Elfira juga memberitahu bahawa pengalaman terdahulu mengajarnya erti sabar dan yakin dengan dugaan yang diberikan.
Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris pada 1 Januari lalu. Kini, pelakon wanita itu sedang hamil enam bulan dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments