Nampaknya teka-teki dan segala spekulasi mengenai status perkahwinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dengan wanita warga Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab.
Hari ini, menerusi kenyataan terkini, peguam mewakili Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan itu sah bercerai talak tiga pada 22 Jun lalu.
Menurut peguam tersebut, pihaknya telah menghantar surat cerai talak tiga kepada pihak guaman Ratu Cantik Moscow itu.
Terdahulu, desas-desus mengenai perceraian Sultan Muhammad V dan Rihana hangat diperkatakan selepas foto sijil perceraian mereka mula tersebar. Sijil tersebut dilengkapi dengan nombor siri, turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.
Hasil perkahwinan, Sultan Muhammad V dan Rihana Oksana dikurniakan putera sulung yang diberi nama, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 22 Mei lalu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments