Memasuki trimester kedua kehamilan dengan usia kandungan sudah mencecah enam bulan, pelakon Elfira Loy memberitahu dia belum melakukan sebarang persediaan, termasuklah membuat keputusan untuk untuk melahirkan anak pertamanya itu di mana-mana hospital atau pusat perubatan.
Elfira akui dia berdebar menanti detik kelahiran bayi sulungnya. Macam-macam perkara yang difikirkan, termasuklah merasa takut untuk bersalin.
Tak ada persediaan memandangkan kandungan saya baru nak masuk enam bulan. Cuma buat masa sekarang, saya ada lakukan check up di klinik swasta. Kalau ditanya di hospital masa untuk bersalain saya tak pilih lagi sebab takut.
Kalau lakukan kaedah pembedahan, perasaan tersebut tidaklah rasa takut sangat. Cuma rasa takut terjadi sebabnya saya mahu bersalin cara normal kalau boleh.
Walaupun teruja untuk menimang cahaya mata pertama, Elfira dan suaminya, Faris K Anuar tetap ingin bersederhana sahaja. Elfira berkata dia tidak akan mengadakan majlis pengumuman jantina dan mahu ia menjadi kejutan.
Buat masa ini kami belum beli sebarang keperluan anak yang bakal lahir dan tiada majlis pengumuman jantina akan dilakukan. Biarlah ia jadi kejutan.
Tentunya bila ada anak nanti, kehidupan akan berubah seratus peratus dan lebih banyak tanggungjawab harus dilaksanakan. Bagaimanapun, Elfira tidak bimbang mengenai perkara itu dan teruja meyandang tugas sebagai seorang ibu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments