Pelakon Mira Filzah dikenali sebagai wanita cantik dengan imej lemah lembut, membuatkan mana-mana lelaki ‘cair’ melihat perwatakannnya itu.
Namun, jangan sengaja hendak provokasi Mira dan cari fasal dengannya. Sekali dia balas, memang padu habis dan boleh melontarkan kata-kata sarkastik yang menusuk terus ke dalam hati.
Baru-baru ini, menerusi laman Twitter, Mira berkongsi luahan menyatakan semua manusia mempunyai perasaan termasuklah juga selebriti.
Bagaimanapun, disebalik kata-kata nasihat yang diberikan Mira, ada pula seorang netizen ini yang tiba-tiba sahaja mengkritik penampilan pelakon itu.
Tidak hanya berdiam diri, Mira telah mengenakan kembali individu tersebut dengan memuat naik kembali kata-kata hikmah yang pernah ditulis oleh individu itu. Ibarat, cakap tidak serupa bikin.
Rata-rata netizen tidak sangka disebalik imej lembut Mira, ternyata dia seorang yang berani. Mereka menyokong tindakan Mira yang menyelar kata-kata negatif berunsur fitnah.
Bak kata pepatah sarang tebuan jangan dijolok. Jangan sangka bila perwatakan seseorang itu lemah lembut, anda boleh buat sesuka hati. Tidak salah kalau hendak menegur, tetapi biarlah dengan cara yang lebih berhemah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments