#Hiburan: Ramai Nak Saya Bercinta Dengan Kamal, Tapi Lebih Selesa Berkawan – Uqasha Senrose

Hubungan rapat serta keserasian antara Uqasha Senrose dan Kamal Adli menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad membuatkan peminat mahu mereka benar-benar menjadi pasangan kekasih. Katanya mereka sangat sesuai bersama.

Bagaimanapun, kata Uqasha soal hati ini tidak boleh dipaksa dan mereka lebih selesa berkawan sahaja.

Mungkin kerana masing-masing masih solo, jadi ramai berharap hubungan baik kami berlanjutan hingga ke luar lokasi penggambaran. Soal hati dan perasaan di luar kawalan saya, malah perkara itu belum saya fikirkan secara serius kerana mahu terlebih dulu membina kerjaya.

Keserasian itu tercipta mungkin kerana kami lama di lokasi penggambaran. Hampir lima bulan kami bersama menyiapkan drama itu. Jika ramai yang suka, itu bonus kerana ia bermakna, gandingan kami menjadi. Lagipun, keserasian bukan perkara yang boleh dibuat-buat.

Pada masa yang sama, Uqasha turut menafikan, perkahwinan adiknya, Nelydia Senrose, memberinya tekanan untuk segera mencari jodoh.

Uqasha masih belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan dan tidak mahu mendesak dirinya hanya kerana ingin memenuhi kehendak orang lain. Dia menyerahkan soal jodoh kepada takdir.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments