#Hiburan: Kami Dah Bersedia, Jika Salah Seorang Bermasalah – Izzue Islam

Sudah lima tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyanyi Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin belum lagi dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Tidak pernah berputus asa berusaha, Izzue dan Awin merancang untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. Pasangan ini sudah bersedia berdepan sebarang kemungkinan andainya diberitahu salah seorang bermasalah.

Kami akan pastikan menjalani pemeriksaan pada tahun ini juga. Sudah lama kami rancang, namun tertangguh kerana jadual kerja yang padat. Kami juga sudah mempersiapkan mental sekiranya diberitahu salah seorang daripada kami mempunyai masalah.

Bersikap terbuka berkongsi masalah mereka dengan umum, Izzue memberitahu, tiada apa yang hendak dimalukan. Soal zuriat juga bergantung kepada rezeki dan percaturan Allah SWT.

Saya dan isteri sudah bincang mengenai perkara tersebut, segala ikhtiar juga akan dilakukan untuk mendapatkan cahaya mata memandangkan sudah lima tahun mendirikan rumah tangga.

Apa yang nak dimalukan, semuanya Allah yang tentukan dan kita sebagai hamba jangan pernah berhenti berusaha.Insya-Allah, selagi ia tidak menyalahi dari segi agama, kami juga mahu menggunakan kemudahan teknologi canggih sedia ada untuk dapat anak.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka, semoga segala usaha mereka untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments