Beberapa kali dihimpit kontroversi curang sehingga perkahwinannya dengan Bella Astillah akhirnya terlerai, penyanyi Aliff Aziz yang kini berdepan dengan pelbagai dugaan sehingga kemurungan, sudah mula mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Menerusi akaun Instagram, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew berkongsi pengalamannya bertemu dengan Aliff di Singapura baru-baru ini.
Aliff tidak dapat menahan rasa sebak dan menangis saat ditanya sekiranya dia ada pesanan ingin diluahkan kepada anaknya, Mohamad Ayden Adrean dan juga bekas isterinya.
Menurut Ustaz Ebit, Aliff sudah mula menjaga solat dan menghafal Al-Quran. Berusaha menjadi seorang insan yang lebih baik.
Ustaz Ebit berdoa semoga Aliff terus istiqamah kerana Allah SWT dan persiapan menghadapi hari akhirat.
Agak sebak juga melihat Aliff menangis teresak-esak saat bertemu empat mata dengan Ustaz Ebit. Sama-sama kita doakan agar Aliff diberikan kekuatan utuk terus istiqamah berubah ke arah kebaikan
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments