#Hiburan: Kemelut Selesai, DSV Pamer Barang Kemas Pilihan Aishah Bernilai RM80,000

Selepas timbul pelbagai isu sebelum ini, akhirnya jutawan kosmetik Datuk Seri Vida telah menyerahkan barang kemas dan berlian bernilai RM80,000 seperti yang dituntut oleh penyanyi Aishah.

DSV menerusi satu sidang media khas, mempamerkan lima jenis barang kemas yang dipilih Aishah terdiri daripada dua butir berlian dan tiga bentuk cincin termasuk satu cincin lelaki.

Menurutnya, dia sendiri berbesar hati menyerahkan sepenuhnya kepada Aishah untuk membuat pilihan barang kemas seperti yang diinginkan.

Saya berbesar hati untuk memenuhi tuntutan Aishah walaupun sebenarnya bukan tuntutan, tetapi adalah keinginan asal saya sendiri untuk memberikan sesuatu yang menggembirakan Aishah sebagai juara GV.

Berang kemas ini dipilih oleh Aishah sendiri dan peguam saya akan menyerahkan kepadanya di kedai emas.

DSV berharap kemelut dakwaan pemberian palsu sebagai hadiah di Gegar Vaganza 4 akan berakhir selepas dia menyerahkan barang kemas tersebut.

Saya harap penyerahan barang kemas ini akan menamatkan semua kemelut dan isu yang melanda. Kalau saya jumpa dia pun lepas ini, tidak ada masalah, saya boleh tanya macam mana berlian?.

Terdahulu, kontroversi serta kemelut Aishah dan DSV bermula apabila penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu itu mendedahkan hadiah barangan kemas yang bernilai RM80,000 tajaan DSV dalam Gegar Vaganza 4 adalah palsu. Hadiah itu didakwa bukan tulen selepas mengadakan pemeriksaan di kedai emas. Pelbagai isu mula timbul selepas itu dan akhirnya Aishah membuat keputusan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments