Agak susah juga menjadi seorang yang ingin memuat naik segala yang mereka miliki di media sosial, mungkin sudah tiada barangan lain lagi untuk dipamerkan, kali ini jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menayang pula seluar dalam berjenama mewah di Instagram.
Aliff tanpa segan silu memuat naik foto seluar dalam Versace berwarna biru dengan corak emas. Katanya, atas permintaan ramai sebab itu dia memuat naik foto tersebut.
Namun, netizen tidak mempercayai kata-kata Aliff itu. Mereka sudah ‘meluat’ dengan tindakan Aliff dan menyifatkannya terlalu riak, keterlaluan menunjukkan kekayaannya.
Bukan sahaja netizen, tetapi ibunya sendiri, Rozita Ibrahim turut meninggalkan komen, menegur sikap anaknya itu.
Fikirlah sebelum memuat naik sesuatu, tidak perlu rasanya nak tunjuk seluar dalam kepada umum. Jagalah sensitiviti dan janganlah terlalu menunjuk. Bila dikecam atas perbuatan sendiri, disalahkan netizen pula.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments