#Hiburan: DSV Nafi Hadiahkan Berlian Palsu Pada Firman

Selepas Aishah, seorang lagi pemenang Gegar Vaganza 4 iaitu penyanyi Indonesia, Firman Siagian mendakwa hadiah berlian yang diberikan Datuk Seri Vida palsu dan akan menuntut haknya itu melalui proses undang-undang, jika tidak mendapat sebarang maklum balas daripada jutawan kosmetik tersebut.

Terbaru, DSV tampil memberikan penjelasan bahawa, hadiah subang berlian yang diberikan kepada Firman sebagai pemenang tempat kelima GV4 adalah tulen dan bukannya palsu seperti yang didakwa.

Jadi Firman jangan beranggapan apabila Aishah kata palsu dia pun ingat palsu juga. Ya Allah, subang berlian itu bukan palsu. Saya menafikan sekeras-kerasnya. Saya minta dia jangan terikut-ikut nanti termalu sendiri. Itu memang berlian tapi tidak ada sijil sebab kategori barang kemas perhiasan.

Menurut DSV, bukan semua barang kemas yang bertatahkan berlian diberikan sijil tetapi boleh dibuat sekiranya diperlukan. Sukar untuk dia menerangkan perkara itu kepada individu yang tidak pernah memakai barang kemas berlian.

Macam tiga lagi barang kemas diterima Aishah pun tidak ada sijil melainkan dua butir berlian yang turut dipilihnya. Bila saya bagi Aishah peluang pilih berlian, tidak bermakna berlian lain palsu. Susah saya nak terangkan kepada mereka tidak biasa pakai barang kemas berlian ini.

Firman mula meragui ketulenan berlian bernilai RM30,000 itu selepas mengikuti perkembangan kes Aishah menerusi laman sosial dan turut memeriksa ketulenan hadiah tersebut di sebuah kedai barangan kemas di Bandung.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments