S/Minyak Pamer Harga Di Negara Jiran, Mulanya Brunei Takda, Mengapa?


Senarai perbandingan harga minyak

PENGUSAHA stesen minyak di negara ini difahamkan sudah mula mempamerkan senarai perbandingan harga minyak terkini bagi negara-negara jiran ASEAN dengan Malaysia untuk makluman orang ramai.

Senarai perbandingan harga minyak yang diletakkan di sebelah kaunter pembayaran salah sebuah stesen minyak (tidak dinyatakan lokasinya) tersebar di media sosial.


Dalam senarai yang dipamerkan itu, harga minyak Malaysia dilihat paling rendah berbanding negara-negara jiran lain seperti, Singapura, Laos, Thailand, Cambodia, Filipina, Vietnam, Indonesia dan Myanmar.

Justeru netizen mempertikaikan mengapa negara jiran Brunei tidak dimasukkan dalam senarai perbandingan harga tersebut.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebelum ini turut menimbulkan isu yang sama.

Menjawab isu berkenaan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato' Saifuddin Nasution, menerusi akaun twitter memberitahu beliau telah mengarahkan maklumat harga (minyak) Brunei yang tertinggal untuk dimasukkan.

"Saya telah arahkan maklumat harga Brunei yang tertinggal dalam paparan dimasukkan. Tiada sembunyi maklumat kerana pengguna adalah berhak kepada setiap maklumat," tulisnya.


Tambahnya lagi, tidak masuk akal untuk menyorokkan harga minyak Brunei kerana maklumat itu boleh disemak sendiri oleh rakyat.

"Tidak masuk akal untuk sorokkan maklumat harga Brunei kerana maklumat ini di luar sana dan rakyat boleh semak. Saya komited untuk sentiasa terbuka komunikasi maklumat terutamanya isu harga minyak ini," tulisnya.


Bagaimanapun salah seorang sahabat di media sosial menunjukkan bukti bergambar bahawa senarai perbandingan harga minyak dipamerkan di sebuah stesen minyak yang baru dikunjunginya, ada memaparkan harga minyak Brunei.

Senarai Harga minyak negara jiran
Ini bermakna senarai harga minyak yang dipamerkan di stesen-stesen minyak masih belum seragam. Mungkin mulai minggu depan, semua stesen minyak seluruh negara akan mempamerkan senarai harga yang sama (memasukkan harga minyak Brunei)

Sumber — https://www.milosuam.net/2019/01/stesen-minyak-pamer-senarai-harga.html#ixzz5cb7ZhtrE
sumber : ibnuhasyim.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments