Istilah sekular tidak pernah wujud dalam Perlembagaan Persekutuan
BANGI, 11 Jamadilawal 1440H, Khamis – Petisyen bagi menuntut Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara Islam terus mendapat perhatian, apabila 68,332 rakyat sudah menandatanganinya sejak dilancarkan lebih tiga minggu lalu.
Petisyen atas talian yang menyasarkan sebanyak 75,000 tandatangan itu dilancarkan oleh Sekretariat Malaysia Negara Islam (MNI) pada 26 Disember lalu.
Selain menuntut mengiktiraf Malaysia negara Islam, ia turut menegaskan bahawa istilah sekular tidak pernah wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Yang Di-Pertuan Agong menitahkan dengan jelas bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam, sekaligus menafikan Malaysia sebagai Negara Sekular,” kata petisyen itu.
Justeru, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didesak untuk mengisytiharkan secara jelas dalam Parlimen bahawa Malaysia adalah negara Islam, dan ahli-ahli Parlimen juga mesti menyokong.
Sekretariat itu berkata, pengisytiharan ini perlu berikutan terdapat laungan dan desakan bahawa Malaysia adalah negara sekular.
“Kini, pejuang-pejuang negara sekular ini telahpun menjadi sebahagian dari kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini.
“Malah, arus anak-anak muda yang terpengaruh dan menyokong agenda negara sekular ini juga kuat kedengaran di media-media sosial.
“Ini adalah satu penghinaan kepada umat Islam, khususnya kepada nenek moyang kita yang telah bertungkus-lumus menegakkan dan menyediakan batu asas kepada negara Islam yang kita nikmati pada hari ini,” kata petisyen itu.
Orang ramai boleh menandatangani petisyen itu dengan melayari platformwww.change.org.

(http://bit.ly/2RwQKa7)
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas
0 Comments