#Hiburan: Yuna Gegar Dunia Fesyen Malaysia, Kali Ini Dengan Christy Ng

Lama tidak mendengar perkhabaran baharu penyanyi terkemuka negara, Yunalis Zarai yang kini bertapak di Amerika Syarikat. Baru-baru ini Yuna telah pulang ke Malaysia untuk mengubati rindu para peminatnya, sekaligus melancarkan kerjasama yang menggegarkan dunia fesyen tanah air bersama Christy Ng, CEO www.christyng.com.

yuna christy ng

Perkenalan 2 ikon ini bermula di Instagram selepas Yuna membeli sepasang kasut rekaan Christy Ng dan jatuh cinta dengan kualiti serta keselesaan kasut tersebut. Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk bekerjasama menghasilkan kasut dan beg tangan di bawah koleksi “Yuna x Christy Ng”.

yuna christy ng

Dan sememangnya kerjasama antara Yuna dan Christy Ng ini telah menggegarkan dunia fesyen Malaysia kerana ia bukan sahaja menyerlahkan gaya si pemakai, malah sesuai untuk semua wanita berusia 18 tahun dan ke atas. Paling menarik, koleksi “Yuna x Christy Ng” ini mempunyai warna sepadan untuk beg tangan dan kasut. Beg tangan pink dengan kasut pink, beg tangan merah dengan kasut merah, biru dengan biru dan banyak lagilah pilihan yang ada. Memang “matching” sangat-sangat.

yuna christy ng

yuna christy ng

Dengan kualiti yang awesome pada harga yang berpatutan koleksi “Yuna x Christy Ng” ini memang tengah laku bak pisang goreng panas. Orang sampai serbu pejabat Christy Ng sebelum hari pelancaranlah. Memang lain macam sambutannya. Jom kita tengok sikit beberapa gambar beg tangan dan kasut yang ditawarkan menerusi koleksi hebat ini.

yuna christy ng

yuna christy ng

yuna christy ng

yuna christy ng

yuna christy ng

Pergh!!! Memang cantik, memikat dan menawan sungguh koleksi “Yuna x Christy Ng” ini. Memang terus jatuh cinta dibuatnya. Jadi anda tunggu apa lagi? Silalah bersegera ke www.christyng.com untuk menjadikan koleksi ekslusif ini milik anda hari ini juga. Jangan lambat-lambat nanti habis stok. Selamat bergaya!!!


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments