Sudah menjadi lumrah hidup dimana setiap manusia itu akan melakukan kesilapan dan apa yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri.
Kontroversi yang melanda Haneesya Hanee yang hanya dapat menyandang gelaran Dewi Remaja 2018/2019 kurang dari 72 sebelum gelarannya itu ditarik balik tidak dinafikan mengejutkan ramai.
Turut terpalit dalam isu ini ialah ibunya, macam-macam kritikan yang dilemparkan termasuklah tidak pandai mendidik anaknya.
Ibu Hanee iaitu Nor Sakuraneeda menerusi akaun Facebook tampil memohon maaf dengan insiden yang berlaku. Katanya, sebagai ibu beliau tidak memberikan didikan yang terbaik kepada anak dan mengakui terlalu mendesak Haneesya untuk menjadi seorang yang sempurna sehingga anaknya itu tertekan.
Terdahulu, Hanee menerusi sidang media ketika beliau menyerahkan kembali mahkota Dewi Remaja 2018/2019 berkata, beliau tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan meminta orang ramai memberikannya peluang kedua untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Sumber Berita : Nor Sakuraneeda
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments