#Hiburan: Sufian Suhaimi Pecah Rekod Artis Malaysia, Di Matamu Raih 50 Juta Tontonan

Lagu sedih yang menjadi sinonim buat rakyat Malaysia iaitu Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi berjaya mengatasi rekod lagu artis Malaysia lain dengan meraih 50 juta tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 22 Mac 2018.

Sebelum ini, rekod terbabit disandang oleh Aiman Tino menerusi lagu Ku Rela Dibenci dengan lebih 49.9 juta tontonan.

Menerusi akaun Instagramnya, Sufian mengucapkan terima kasih kepada semua pendengar dan peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kerjayanya selama ini. Ia satu pencapaian yang terbaik sepanjang beliau bergelar penyanyi.

Sufian pada masa yang sama memohon doa agar diberikan kesihatan yang baik untuk membuat persembahan di AJL 33 yang bakal berlangsung pada 3 Februari ini.

Lagu Di Matamu menjadi fenomena kerana ia dilancarkan pada tarikh dimana Sufian dan bekas tunangnya, Elfira Loy sepatutnya bernikah. Ramai yang mengatakan lagu tersebut ada kena- mengena dengan kisah putus tunang mereka.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments