Sikap berani rakyat Iran mencuri perhatian dunia apabila mereka dilihat kekal tenang meskipun negara mereka berdepan ancaman ketenteraan.
Menerusi satu hantaran di Threads, suasana di Bushehr lokasi penting yang menempatkan loji tenaga nuklear utama Iran dilaporkan berada dalam keadaan terkawal tanpa sebarang tanda panik dalam kalangan penduduk.
Beberapa video yang tular turut memaparkan orang ramai masih berada di jalanan, menunjukkan solidariti dan ketenangan walaupun kawasan tersebut dikatakan berisiko menjadi sasaran serangan.
Situasi ini berlaku susulan amaran keras daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang sebelum ini memberi tekanan kepada Iran untuk mematuhi tuntutan tertentu.
Trump dilaporkan pernah menyatakan bahawa tentera AS berupaya menyerang infrastruktur penting seperti jambatan, loji janakuasa dan kemudahan awam lain sehingga negara itu “kembali ke zaman batu” sekiranya tuntutan tidak dipenuhi.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kagum dengan ketabahan rakyat Iran.
@bbcnews Some authorities in Iran are encouraging Iranians to form “human chains” around power plants to deter threatened attacks from the United States. US President Donald Trump has labelled the reported use of human shields as “totally illegal”. #Iran #USNews #IranWar #BBCNews
“Dorang sepakat, tu yang membawa muafakat & berkat. Tapi sememangnya salute keberanian rakyat Iran,” kata seorang pengguna, Zafry.
Seorang lagi pengguna media sosial, turut menyatakan sokongan:
“Iran, kamu telah menunjukkan kepada dunia bahawa kamu adalah sebuah negara yang dibina secara berbeza. Kekal kuat, dan semoga Allah sentiasa melindungi Iran dan rakyatnya. Malaysia berdiri bersamamu.”
Dalam keadaan ketegangan yang masih belum reda, sikap tenang dan bersatu yang ditunjukkan rakyat Iran dilihat sebagai simbol kekuatan moral ketika berdepan tekanan antarabangsa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Trump Ugut Nak Hapuskan Tamadun Manusia, Rakyat Iran Tak Gentar Menantikan Perang Nuklear first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments