Anak kepada pelakon Norish Karman, iaitu Nur Hanyz Amanda meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diterima selepas bersiaran langsung bersama usahawan sensasi, Aliff Syukri.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Manda berkata situasi selepas siaran langsung itu sudah dijangka apabila ada pihak mula tampil menuntut hutang.

“Alhamdulillah atas rezeki bersama papa Aliff Syukri malam tadi. Kan Manda dah kata, ramai dah nak tuntut hutang pagi ini,” tulisnya.
Dalam masa sama, Manda turut menjelaskan bahawa jumlah wang yang diterima tidak seperti yang digembar-gemburkan di media sosial.

“Dan satu lagi Manda nak clearkan…Ini tidak benar. Ini bukan jumlah yang kami dapat. Alangkah indahnya jika ia benar.”
“Kalau setiap kali buat live dapat RM50,000, lima kali buat live, dah boleh beli Satria buat adik-adik selesa nak pergi sekolah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Norish bersama anak-anak hadir ke kediaman Aliff Syukri untuk mengadakan siaran langsung bagi berkongsi keadaan semasa mereka, susulan pelakon itu dilaporkan kurang sihat.
Dalam sesi tersebut, mereka berkongsi kisah kehidupan yang sedang dilalui, sebelum Aliff Syukri menyerahkan hasil siaran langsung berkenaan sebagai bantuan kewangan kepada Norish dan keluarganya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kan Manda Dah Kata, Ramai Dah Nak Tuntut Hutang Pagi Ni,” – Anak Norish Karman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments