#Hiburan: Khairy Jamaluddin Kembali Sertai UMNO, Luah “I’m Home” Dalam Hantaran Ringkas

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akhirnya kembali menyertai parti itu selepas menjadi antara 6,252 bekas ahli dan pimpinan yang diterima semula ke dalam UMNO.

Menerusi satu hantaran di Instagram, beliau berkongsi sekeping gambar lama dirinya dengan kapsyen ringkas namun penuh makna, “I’m home (Saya kembali)”.

Advertisement

KJ

Menurut laporan Harian Metro, Khairy turut merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi serta barisan kepimpinan parti atas keputusan menerima semula keahliannya.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa ribuan bekas ahli turut diterima kembali melalui inisiatif Rumah Bangsa. Antara nama besar yang turut tersenarai termasuk Hishammuddin Hussein dan Syed Hamid Albar.

Inisiatif tersebut membuka peluang kepada mana-mana individu yang pernah digantung, dipecat atau keluar parti untuk kembali tanpa syarat.

Sebelum ini, Khairy telah mengemukakan rayuan bagi membatalkan pemecatannya selain memohon agar nombor keahlian asalnya diaktifkan semula.

Bekas Menteri Kesihatan itu menyifatkan peluang kembali ke dalam UMNO sebagai satu ruang untuk terus berkhidmat kepada negara. Beliau turut meluahkan rasa syukur atas kesempatan yang diberikan untuk meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anwar ibrahim
2026-04-17 17:01:07

Satu Kapal Minyak Terkandas Di Selat Hormuz, Kerajaan Kini Pantau Rapat - Anwar Ibrahim

The post Khairy Jamaluddin Kembali Sertai UMNO, Luah “I’m Home” Dalam Hantaran Ringkas first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments