#Hiburan: Lelaki Menyesal FOMO Beli Labubu, Kini Tersepit Hutang RM200K – “Nak Jual Balik Tak Boleh, Tak Laku”

Dunia hobi dan koleksi sering dilihat sebagai satu bentuk terapi minda yang mampu memberikan ketenangan serta kepuasan peribadi. Namun, di sebalik keseronokan itu, tersembunyi risiko yang jarang diperkatakan terutama apabila minat mula melangkaui batas kemampuan kewangan.

Kisah seorang lelaki di Malaysia ini menjadi contoh nyata bagaimana hobi boleh bertukar menjadi beban yang berat. Minatnya terhadap figura “designer toys” seperti Bearbrick dan Labubu pada awalnya hanyalah sekadar hobi santai untuk menghias kediaman. Namun, tanpa disedari, ia berkembang menjadi satu komitmen kewangan yang besar sehingga beliau kini menanggung hutang mencecah RM200,000.

Advertisement

labubu

“Setiap hari, ada sahaja perkongsian mengenai ‘unboxing’ barangan baru, tayangan edisi terhad, atau perbincangan mengenai potensi peningkatan nilai pasaran figura-figura ini.”

Perasaan Fear Of Missing Out (FOMO) menjadi pemacu utama setiap keputusan pembelian. Tekanan untuk memiliki apa yang orang lain ada, ditambah dengan persepsi bahawa barangan tersebut adalah “pelaburan”, menyebabkan beliau terus berbelanja tanpa kawalan.

“Jika orang lain memilikinya, saya juga mahu. Jika ia edisi terhad, saya rasa wajib mendapatkannya. Apabila harga mula melonjak, saya takut kehilangan peluang untuk melabur.

Permintaan terhadap “designer toys” mula menurun, dan harga pasaran jatuh dengan ketara. Koleksi yang dahulunya dianggap sebagai aset pelaburan kini kehilangan nilainya.

“Apa yang saya ada sekarang? Hanyalah timbunan mainan yang tidak boleh dimakan, tidak boleh digunakan, dan tidak boleh dicairkan menjadi tunai.

Membuangnya terasa pedih, menyimpannya amat menyakitkan, manakala menjualnya pula seakan mustahil.”

Lebih menyedihkan, beliau menyedari bahawa jumlah RM200,000 yang dibelanjakan itu sebenarnya boleh digunakan untuk tujuan yang lebih bernilai seperti membayar deposit hartanah atau membeli kenderaan mewah secara tunai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tmau sindrom
2026-04-09 13:22:05

"Bukan Tak Jaga Kebersihan Tapi.." - Pemandu E-Hailing Alami SIndrom Bau Ikan Hanyir Sediakan Notis Curi Tumpuan Ramai

i

The post Lelaki Menyesal FOMO Beli Labubu, Kini Tersepit Hutang RM200K – “Nak Jual Balik Tak Boleh, Tak Laku” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments