Anak sulung kepada pelakon Norish Karman, yang dikenali sebagai Manda, dilaporkan masih gagal dihubungi meskipun pelbagai usaha telah dilakukan termasuk melalui panggilan telefon, WhatsApp serta mesej di Instagram miliknya dan juga akaun ibunya.
Cubaan pihak media untuk menghubungi nombor telefon Norish yang sebelum ini turut digunakan Manda berjaya disambungkan, namun panggilan tersebut hanya dijawab tanpa sebarang respons suara.
Dalam masa sama, timbul keraguan dalam kalangan netizen apabila individu yang mendakwa dirinya sebagai Manda menggunakan akaun Instagram dan Threads Norish untuk berkongsi keadaan pelakon itu yang dikatakan sedang kritikal.
Sumber : Harian Metro Situasi menjadi semakin mencurigakan apabila individu berkenaan turut membuka akaun di platform GoGetFunding bagi mengumpul dana bantuan kewangan, namun gagal memberikan maklumat jelas termasuk lokasi hospital ketika ditanya orang ramai.
Selain itu, gaya penulisan dalam hantaran GoGetFunding juga menimbulkan tanda tanya apabila dilihat tidak tersusun dan menyerupai ayat yang sering dikaitkan dengan penipuan dalam talian.

Harian Metro turut cuba mendapatkan maklum balas daripada Manda melalui akaun Instagram peribadinya, namun tidak menerima sebarang jawapan. Komen netizen yang meminta penjelasan lanjut pada hantaran terakhirnya juga dilihat tidak dibalas.
Usaha untuk mendapatkan pengesahan turut dilakukan dengan menghubungi seorang lagi anak Norish, Haqiem Aoki. Namun, tinjauan di akaun Instagramnya mendapati dia kini berada di Beijing, China.
Sementara itu, di platform GoGetFunding, terdapat individu yang bersimpati mula menyalurkan sumbangan dan setakat tengah hari tadi, jumlah kutipan dilaporkan melebihi RM900.

Terdahulu, satu hantaran pilu dimuat naik menerusi akaun media sosial Norish yang mendakwa pelakon itu berada dalam keadaan kritikal sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Lokasi Hospital Tidak Diketahui, Netizen Mula Ragu Dakwaan Norish Karman Sedang Kritikal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments