#Hiburan: Label Konsert Siti Nurhaliza Sebagai Haram, Peminat Kecam Tareq Fit – “Jangan Fikir Diri Tu Ahli Syurga Sangat”

Jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit sekali lagi mengundang perhatian apabila dikecam netizen susulan satu hantaran yang menyentuh mengenai Biduanita Negara, Siti Nurhaliza.

Menerusi perkongsian di Threads, Tareq memuat naik poster acara Pentas Eksklusif Aidilfitri: Beraya Dengan Saya Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung secara penstriman dalam talian. Dalam hantaran itu, beliau menyifatkan konsert tersebut sebagai hiburan yang haram, termasuk hasil pendapatan daripadanya.

Advertisement

CTDK Tareq fit

“Ni contoh hiburan Haram, so duit dari hiburan ni HARAM Hadis ini merupakan peringatan keras daripada Rasulullah SAW mengenai bahaya memakan harta atau makanan yang haram.”

Kenyataan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, khususnya peminat Siti Nurhaliza yang tidak bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Rata-rata menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak wajar dan berlebihan, selain mengingatkan agar tidak menjatuhkan hukum secara terbuka terhadap individu lain.

“Biarlah dia nk buat konsert badan dia dan umur dia. Ada yg dah 60 an pun masih buat konsert dah itu kerja penyanyi. Dia buat konsert duit masuk boleh bagi income pemuzik bayar staff dan komitment syarikat rakaman dia. Sekarang ni bukan zaman jual kaset atau CD lg. Selagi orang beli tiket why not. Mata yang memandang tak sama dgn bahu yang memikul.”

“Bab haram orang kemain nampak , habis tu yang ko tegur orang secara terbuka macam ni tak salah ke ? siap sebarkan muka org , ko dah bukak tempat orang mengata empunya diri , sama jugak ko dapat dosa , jangan fikir diri tu dh confirm ahli syurga sangat , eee meluat sungguh aku dengan dia ni.”

Perkongsian tersebut sekali lagi membuka perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai batas memberi teguran, adab dalam berdakwah serta sensitiviti terhadap kerjaya seni hiburan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

G
2026-04-17 14:20:03

Que Haidar Dilaporkan 'Hilang', Kodi Rasheed Tahu Keadaan Terkini - "Dia Sekarang.."

The post Label Konsert Siti Nurhaliza Sebagai Haram, Peminat Kecam Tareq Fit – “Jangan Fikir Diri Tu Ahli Syurga Sangat” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments