Pelakon Janna Nick tampil mendedahkan satu pengalaman mengejutkan melibatkan rakan seperjuangannya, Azar Azmi, ketika aktres itu dilaporkan menghilang daripada industri hiburan sebelum ini.
Menurut Janna, dia pernah menerima mesej daripada individu yang mendakwa sebagai Azar, meminta bantuan kewangan kononnya untuk rawatan penyakit kanser. Namun begitu, dia sendiri tidak pasti sama ada mesej tersebut benar-benar dihantar oleh Azar atau individu lain yang menyamar.
“Berdasarkan pengalaman saya, apa yang jadi ketika itu saya juga tidak pasti sama ada mesej itu dari pihak dia atau orang lain.”
“Dia bagitahu dia dirawat di sebuah hospital selepas saya bertanya ke mana dia menghilang. Saya hampir mahu pergi ke hospital tersebut untuk pinjamkan dia duit.”
“Disebabkan itu juga saya terus hubungi dia sebab dia sudah lama menghilang. Tetapi suaminya yang jawab panggilan tersebut. Jadi saya terkejutlah sebab saya terus hubunginya dua saat selepas terima mesej tersebut,” katanya.
Pendedahan itu dibuat ketika Janna menghubungi Aliff Syukri yang sedang mengadakan siaran langsung bersama Azar.
Dalam masa sama, Janna memaklumkan bahawa dia masih menyimpan mesej tersebut sebagai bukti, namun memilih untuk tidak terus menekan sahabatnya selepas insiden berkenaan.
“Saya masih ada lagi mesej tersebut dan simpan sebagai bukti. Selepas kejadian itu, dia pun tidak hubungi saya selepas perkara ini terjadi kerana saya tidak mahu memberi tekanan kepadanya,” kongsinya.
Tambah pelakon drama Pinjaman Syurga itu, dia berharap orang ramai tidak terlalu cepat menghukum, sebaliknya memberi ruang kepada Azar terutama melibatkan isu kesihatan mental.
“Pada pendapat saya, sekarang ini kita patut bagi dia ruang dan tidak sepatutnya dedahkan dia kepada orang ramai. Tidak semua orang ada hati yang sama bersih seperti Datuk Aliff.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kanser? Sejak Bila Aku Ada Kanser?” – Janna Nick Dedah Mesej Pelik Dari ‘Azar Azmi’, Dakwa Minta Duit Untuk Rawatan Kanser first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments