#Hiburan: Muncul Dakwaan Aliff Aziz Dan Sophia Albarakbah ‘Dating’ Di KLIA, Respon Fan Club Ini Memang Win!

Nama pelakon Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah kembali menjadi perhatian selepas timbul dakwaan netizen yang mendakwa terlihat mereka berdua bersama di KLIA baru-baru ini.

Perkongsian tersebut pantas mencetuskan spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial, namun respon daripada fan club Sophia dilihat mencuri perhatian ramai.

Advertisement

Menerusi ruangan komen, akaun peminat sophiaalbarakbah.fc menafikan dakwaan tersebut secara santai.

fan club sophia

“Tak kut. Hahaha. Sophia busy kerja, tak de masa nak layan.”

Dalam satu lagi komen, mereka turut mempersoalkan kesahihan dakwaan tersebut sambil menjelaskan jadual Sophia yang padat.

sophia albarakbah

“Mana bukti?? Tunjuk lah. Dr awal tahun Sophia tu busy, ramadan berniaga sampai lepas raya busy masuk shooting.”

Jawapan ringkas tetapi ‘padu’ itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang rata-rata menganggap respon tersebut tenang dan tidak melayan spekulasi berlebihan.

Sehingga kini, tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua pihak berhubung dakwaan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-25 18:05:08

Ruhainies & Sarah Yasmine ‘Buka Cerita Lama’ Di Threads, Netizen Mula Desak Bella Astillah Bersuara - "Melampau Sangat!"

The post Muncul Dakwaan Aliff Aziz Dan Sophia Albarakbah ‘Dating’ Di KLIA, Respon Fan Club Ini Memang Win! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments