#Hiburan: (Kes Seleweng Zakat RM230 Juta) : Timbalan Pengerusi NGO, AJK Direman 4 Hari

Dua individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.

Perintah reman terhadap dua lelaki berusia lingkungan 57 hingga 61 tahun itu dibenarkan oleh Majistret Ameera Mastura Khamis, memetik KOSMO ONLINE.

Advertisement
NGO ZAKATSumber : Sumber: KOSMO ONLINE  

Menurut sumber, kedua-dua suspek yang merupakan timbalan pengerusi dan ahli jawatankuasa (AJK) NGO berkenaan ditahan dalam operasi khas di sekitar Lembah Klang antara pukul 2 hingga 5 petang semalam.

“Reman selama empat hari itu bagi membantu siasatan lanjut kes penyelewengan itu yang sedang dijalankan,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua individu tersebut diwakili peguam Mohd. Radzlan Jalaludin, Ashwida Abd. Samad dan Muhammad Ridhwan Jalaludin.

(FOTO) 18 Kenderaan Mewah Bernombor Plat Mahal, Rumah RM11 Juta Dan Jam Tangan Antara Barangan Disita Dalam Kes Seleweng Dana Zakat

Dalam perkembangan sama, seorang lagi suspek yang merupakan pengarah syarikat yang turut ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan. Syarikat tersebut dipercayai menjalankan aktiviti berunsur pelaburan.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd. Azwan Ramli mengesahkan perintah reman tersebut dan memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-22 11:02:01

"Kasihanilah Kami, Kami Ada Suami Malaysia" - Wanita Indonesia Menangis Tak Dapat Nikmati BUDI95

The post (Kes Seleweng Zakat RM230 Juta) : Timbalan Pengerusi NGO, AJK Direman 4 Hari first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments