#Hiburan: Ameng Spring Dakwa Liza Hanim Menumpang Populariti, Cari Publisiti Murahan – “Silap Besar Dia Nak Petik Nama Aku”

Penyanyi Ameng Spring mendakwa rakan seindustri, Liza Hanim cuba menumpang popularitinya susulan kenyataan yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

Ketika ditemui media, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail berkata, Liza menggunakan isu membabitkan anaknya, Marsya sebagai satu bentuk publisiti murahan.

Advertisement

Menurut Ameng, kenyataannya sebelum ini hanyalah berkaitan soal adat menang dan kalah dalam pertandingan, tanpa merujuk kepada mana-mana individu. Namun, situasi menjadi tegang apabila Liza tampil memberi respons di Instagram Story.

“Liza Hanim sebenarnya dia nak tumpang populariti saya, itu saja. Dia nak cari publisiti murahan. Dia dah tiada modal lain. Saya cakap, jangan harapkan kemenangan. Kadang-kadang kemenangan tidak menjanjikan apa-apa.”

“Yang juara tidak tentu akan popular. Saya tidak cakap pun anak Liza Hanim (Marsya). Saya cakap, perkara ini wujud daripada zaman 90an lagi.”

Ameng berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Next Level Gabungan mStar, Suria dan Kuali di Saloma, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bourgenvilla itu menegaskan dia tidak akan berdiam diri apabila namanya dipetik oleh rakan industri sendiri di media sosial.

“Dia cuba menangguk di air keruh. Jangan cabar saya. Memang silap la kalau kau nak burukkan nama aku. Seumur hidup, aku tak pernah burukkan nama orang.”

“Masalah sekarang ini, kau jangan melatah. Kau buktikan yang kau seorang juara. Kau pergilah popularkan anak kau. Dia dapat duit RM30,000 dia pergi bercuti. Patutnya kau cari Melly Goeslaw buat lagu untuk Marsya.”

Terdahulu, Liza meluahkan rasa kurang senang apabila anaknya didakwa diperlekehkan selepas menang program Talk To My Manager (TTMM) musim pertama, sambil menasihatkan individu tersebut menjaga tutur kata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-22 13:11:55

Netizen 'Bongkar' Nilai Kekayaan Bapa Penyanyi Mizz Nina -"Sebulan Belanja RM1 Juta, Beratus Tahun Baru Habis"

The post Ameng Spring Dakwa Liza Hanim Menumpang Populariti, Cari Publisiti Murahan – “Silap Besar Dia Nak Petik Nama Aku” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments