Pemandu bas ekspres yang tular selepas dirakam meriba seorang wanita ketika memandu dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Larkin Sentral, Johor Bahru disahkan sudah berkahwin, petik Kosmo Online.
Ketua Polis Daerah Jasin, Lee Robert berkata, hasil siasatan awal mendapati lelaki berusia 36 tahun itu merupakan suami orang, manakala wanita dalam rakaman tersebut dipercayai kenalannya.

Menurut beliau, kedua-dua individu berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan lanjut.
“Pemandu bas ekspress tersebut sudah berkahwin, manakala kita belum mendapat apa-apa maklumat mengenai kenalan wanitanya.”
“Kita telah minta kerjasama pasangan itu untuk tampil segera ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kejadian itu dipercayai berlaku pada 12 April sekitar pukul 7.30 malam di kawasan susur masuk Rehat dan Rawat (RnR) Bemban arah selatan sebelum video berkenaan tular keesokan harinya.
(VIDEO) Pemandu Dirakam Pandu Bas Sambil Riba Wanita, Penumpang Tegur Namun Diherdik
Dalam pada itu, orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Marwan Shafiq Mohd Latfi di talian 011-11127533 atau ke mana-mana balai polis berhampiran.
Terdahulu, video berdurasi sembilan saat yang tular di media sosial itu mencetuskan kemarahan ramai apabila memaparkan seorang wanita duduk di atas riba pemandu ketika bas sedang bergerak laju di lebuh raya, sekali gus menimbulkan persoalan serius mengenai aspek keselamatan dan disiplin.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di laluan antara R&R Seremban hingga ke R&R Kulai.
Susulan insiden itu, syarikat bas terlibat, Sri Maju Group turut tampil memohon maaf dan mengesahkan bahawa pemandu berkenaan telah dipecat serta-merta.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Pemandu Bas Riba Teman Wanita Ketika Memandu Rupanya Suami Orang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments